Lenggok "semula jadi" Lenggok_jalan_kuda

Jalan

Jalan empat depak

Dalam ilmu perkudaan, bidang berjalan (Bahasa Inggeris: walking) berdepak empat dan purata kelajuannya sekitar 4 miles per hour (6.4 km/h). Apabila berjalan, kuda-kuda kaki menurut turutan berikut: kiri belakang, kiri hadapan, kanan belakang, kanan hadapan, secara rentak nalar 1-2-3-4. Kuda berjalan dengan sentiasa mengangkat sebatang kaki sambil memijakkan tiga kaki yang lain, kecuali untuk seketika apabila berat badan dipindahkan dari sebatang ke sebatang kaki. Kuda mengangguk-anggukkan kepala dan lehernya sedikit-sedikit demi menjaga imbangan.[3]

Trot

Gaya trot berdepak dua menggunakan pasangan kaki pepenjuru. Perhatikan kuda ini mengangkat kaki kiri hadapan dan kaki kanan belakang sekaligus.

Trot adalah gaya berdepak dua yang banyak variasi dalam julat kelajuan yang mungkin dalam purata 8 miles per hour (13 km/h). Trot yang amat perlahan juga dipanggil jog atau larian anak. Trot yang teramat cepat tiada nama khususnya, tetapi dalam lumba kuda abah-abah, trot Standardbred lebih cepat daripada derapan kuda bukan lumba yang biasa.[4]

Dalam lenggok ini, si kuda menggerakkan kakinya serentak secara pasangan pepenjuru. Dari sudut pandangan imbangan kuda, lenggok ini amat stabil, maka kuda tidak memerlukan sebarang gerakan imbangan yang ketara pada kepala dan leher.[4]

The Fairman Rogers Four-in-Hand (1879–80) oleh Thomas Eakins, lukisan cat pertama dalam sejarah yang menunjukkan secara persis cara pergerakan kuda berasaskan analisa fotograf yang sistematik. Eakins mendasarkannya atas gambar-gambar foto oleh Eadweard Muybridge (1878) terhadap kuda trotter "Abe Edgington".

Bergantung pada si kuda dan kelajuannya, trot mungkin sukar untuk diduduki oleh penunggang kerana tubuh kuda sebenarnya menurun sedikit pada selang depak, lalu mengenjut kembali apabila sepasang kaki selanjutnya memijak tanah. Setiap kali sepasang lagi pepenjuru kaki memijak tanah, penunggang mungkin terenjut dari pelana lalu kembali menyentuh kudanya dengan sedikit daya. Oleh itu, pada kebanyakan kelajuan yang melebihi jog, kebanyakan penunggang melakukan posting dengan membangun duduk seiring dengan kuda untuk mengelakkan enjutan. Posting meringankan beban belakang kuda, malah setelah dikuasai juga menyenangkan penunggang.[4]

Untuk mengelak daripada terenjut dari pelana serta tidak menyakiti kuda dengan jatuh di atas belakangnya, penunggang mesti mempelajari kemahiran tertentu untuk menduduki trot. Kebanyakan penunggang boleh senang belajar menduduki jog yang perlahan tanpa terenjut-enjut. Penunggang yang mahir boleh menaiki trot yang kencang tanpa terenjut, tetapi itu memerlukan belakang dan otot abdomen yang terjaga rapi, malah penunggang boleh kepenatan setelah melakukan trot kencang terlalu lama. Larian trot yang laju dan tidak terkawal seperti kuda lumba abah-abah hampir mustahil untuk diduduki.

Kanter

Seekor kuda Andalusia melakukan kanter. Kaki kiri belakang dan kaki kanan hadapan memijak serentak sambil menghasilkan depak tiga. Kuda ini berpimpinkan kaki kiri kerana kaki kiri belakang dan kanan depan bergerak serentak sementara kaki kiri belakang memimpin kaki kanan belakang. Apabila kaki kiri hadapan memijak, ia akan berada di hadapan kaki kanan hadapan.

Kanter (Bahasa Inggeris: canter) adalah lenggok berdepak tiga terkawal yang biasanya lebih pantas sedikit daripada trot yang biasa, tetapi lebih perlahan daripada derapan. Purata kelajuan kanter adalah 16–27 km/h (10–17 mph), bergantung pada kepanjangan langkah kuda. Dalam mendengar kanter kuda, anda seharusnya dapat terdengar serantai tiga depakan seakan-akan dram yang dipalu tiga kali berturut-turut. Kemudian disusulinya oleh jeda, sejurus selepas itu berulangnya depak tiga. Makin cepat kuda berlari, makin lama masa ampaian antara tiga depaknya.[5] Istilah kanter disangkakan sebagai singkatan bagi "Canterbury gallop."[6]

Dalam lenggok kanter, salah sebatang kaki belakang kuda – contohnya, kaki kanan belakang – memacu si kuda ke hadapan. Pada depakan ini, si kuda berdiri dengan sebatang kaki itu sahaja sementara tiga kaki lain maju ke hadapan. Pada depakan seterusnya, si kuda memijakkan kaki kiri belakang dan kaki kanan hadapan sementara kaki belakang yang satu lagi masih memijak tanah. Pada depakan ketiga, kuda memijakkan kaki kiri hadapan sementara pasangan pepenjuru masih memijak tanah buat seketika.[5]

Kaki hadapan yang lebih lanjut dipadankan oleh kaki belakang yang lebih lanjut sedikit di sisi yang sama. Inilah yang dipanggil "pimpinan". Lazimnya, adalah lebih baik bagi kuda untuk memimpin dengan kaki yang dalam apabila berjalan mengitar. Oleh yang demikian, kuda yang mula berkanter dengan kaki kanan belakang seperti contoh tadi akan melanjutkan lagi kaki kiri depan dan belakangnya sekali. Inilah yang dikatakan "pimpinan kiri".[5]

Derap

Fasa amapaian seperti pada kanter dan derapanGerakan kuda menderapLe derby d'Epsom, dilukis oleh Théodore Géricault, 1821

Lenggok menderap, mencongklang atau melejang (Bahasa Inggeris: gallop) amat serupa dengan kanter, cuma lebih laju, lebih memijak tanah, malah berdepak empat. Inilah lenggok kuda yang paling pantas dengan purata sekitar 25 hingga 30 miles per hour (40 hingga 48 km/h). Kuda menderap di alam liar untuk melarikan diri daripada pemangsa ataupun sekadar pantas melalui jarak dekat. Kuda jarang-jarang menderap melebihi 1–2 batu sebelum perlu rehat, tetapi kuda boleh menanggung derapan yang sederhana laju untuk jarak yang lebih jauh sebelum kepenatan dan perlu perlahan.[7]

Derapan juga merupakan lenggok resmi kuda lumba. Lumba kuda belima moden jarang melewati 1.5 batu (2.4 km), namun di sesetengah negara, kuda Arab diperlumbakan sejauh 2.5 batu (4.0 km). Kelajuan derapan terpantas tercapai oleh seekor American Quarter dalam lumba pintas suku batu (0.25 batu (0.40 km)) ke bawah telah dicatatkan selaju dekat 55 miles per hour (89 km/h)[8]

Seperti kanter, si kuda memulakan derapan dengan kaki belakang yang tak pimpin; tetapi langkah kedua kanter menjadi langkah kedua dan ketiga dalam derapan kerana kaki belakang yang dalam memijak tanah dalam sekelip mata sebelum kaki hadapan yang luar. Kemudian, kedua-dua lenggok ini berakhir dengan maranya kaki pemimpin, diikuti oleh sebentar ampaian apabila keempat-empat kaki tidak memijak tanah. Pemerhatian atau pendengaran yang teliti dapat membezakan kanter lanjutan daripada derapan dengan adanya depakan keempat.[7]